Perlawanan pertama bakal mempertemukan dua wakil Malaysia iaitu antara Selangor vs Sabah dalam saingan RCTI Premium Sports 2024 anjuran RCTI.
Perlawanan persahabatan ini tidak berlangsung di Malaysia sebaliknya diadakan di Jakarta, Indonesia iaitu pada 30 Mei 2024 iaitu pada hari Jumaat.
Kejohanan RCTI Premium Sports 2024

Untuk mengisi jadual kalendar antarabangsa FIFA, RCTI telah menganjurkan kejohanan jemputan antarabangsa yang diberi nama RCTI Premium Sports 2024 dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024.
Kejohanan ini melibatkan 2 wakil daripada Malaysia dan 2 wakil daripada Indonesia dan ianya juga dipanggil sebagai Derbi Serumpun Indonesia vs Malaysia.
Selangor FC dan Sabah FC merupakan wakil negara, manakala Persija Jakarta dan PSIS Semarang dari Indonesia.
Perlawanan pertama adalah mempertemukan 2 pasukan daripada negara sendiri. Pemenang bagi aksi tersebut akan ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Jun ini.
Siaran Langsung Selangor vs Sabah RCTI Premium Sports – Live Streaming
Sebab dalam tempoh kalendar FIFA ini, maka tiada sebarang perlawanan liga diadakan termusuk Liga Super. Untuk peminat Selangor dan Sabah terutamanya, anda boleh tonton perlawanan ini.
Tiada tayangan siaran langsung untuk kejohanan ini sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM. Tetapi anda boleh tonton secara live streaming.
Kesemua perlawanan RCTI Premium Sports boleh di strim secara eklusif di Vision+. Anda hanya perlu aktifkan pakej Derbi Serumpun dengan harga RM14.99 di https://www.visionplus.id/

Jadual & Keputusan
Berikut merupakan jadual perlawanan pertama antara Selangor vs Sabah dalam saingan RCTI Premium Sports 2024 berlangsung pada 30 Mei ini bertempat di Jakarta.
Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Pasukan manakah yang akan ke pusingan akhir nanti?
FT : Selangor (3) – (2) Sabah
- A. Haiqal 45′
- T. Park 54+3′ (OG)
- J. F. Chew 62′
- S. Ramdani 63′
- Y. Orozco 70′
Masa : 6.00 pm waktu Malaysia
Venue : Stadium Antarabangsa Jakarta
TV : -Tiada-
Live Streaming : Vision+
1 thought on “Siaran Langsung Selangor vs Sabah RCTI Premium Sports 2024 Di Jakarta (Live Streaming)”