Berapa dah pungutan pingat untuk negeri anda? Nak tahu, anda boleh dapatkan disini senarai kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri sepanjang temasya SUKMA Sarawak 2024.
Sukan Malaysia atau SUKMA kini sudah memasuki edisi ke-21 dan kali ini Sarawak menjadi tuan rumah. Dengan itu, temasya dwi-tahunan ini digelar juga dengan nama SUKMA XXI Sarawak 2024.
BACA JUGA : Jadual Penuh Semua Sukan SUKMA Sarawak 2024
Temasya ini secara rasmi bermula dari 17 hingga 24 Ogos 2024 dan dilangsungkan di 9 daerah (cluster) di seluruh negeri Sarawak. Setiap venue mempertandingkan sukan yang berbeza.
Sebanyak 37 sukan dipertandingkan dengan melibatkan 488 acara kesemuanya; 236 kategori lelaki, 217 kategori wanita dan 35 bagi kategori campuran atau terbuka. Dengan itu juga, sebanyak 488 pingat emas ditawarkan secara keseluruhan.
Sebanyak 15 negeri dan wilayah persekutuan termasuk Brunei Darussalam yang mengambila bahagian dalam edisi kali ini. Dengan itu, seramai 9,927 atlet (5,666 atlet lelaki dan 4,61 atlet wanita) yang menggalas tanggungjawab bagi setiap negeri yang diwakilinya.
Senarai Kedudukan Pingat Dalam Sukan SUKMA Sarawak 2024
Berikut merupakan senarai pengutan dan kedudukan pingat bagi setiap negeri yang bertanding dan mengambil bahagian dalam SUKMA Sarawak 2024
No. | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | 76 | 54 | 69 | 199 |
2 | Wilayah | 75 | 66 | 72 | 213 |
3 | Selangor | 55 | 64 | 58 | 177 |
4 | Pulau Pinang | 41 | 45 | 53 | 139 |
5 | Terengganu | 40 | 45 | 53 | 139 |
6 | Johor | 35 | 42 | 55 | 132 |
7 | Perak | 35 | 38 | 55 | 128 |
8 | Sabah | 27 | 33 | 55 | 115 |
9 | Pahang | 22 | 21 | 32 | 75 |
10 | Kedah | 19 | 19 | 26 | 64 |
11 | N. Sembilan | 19 | 13 | 24 | 56 |
12 | Melaka | 17 | 23 | 31 | 71 |
13 | Perlis | 12 | 14 | 16 | 42 |
14 | Kelantan | 7 | 13 | 17 | 37 |
15 | Brunei | 2 | 2 | 3 | 7 |
*Tahniah Sarawak sebagai juara keseluruhan dalam kedudukan pingat apabila berjaya mengutip 76 pingat emas, 54 pingat perak dan 69 pingat gangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 199 pingat.
Pasukan negeri anda kini dah kumpul berapa jumlah pingat emas? Kongsikan dengan kami dibawah. Info penuh di https://rs.sukmasarawak2024.my/