Aksi mendebarkan antara JDT vs Buritam United dalam pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACLE) 2024/2025 bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia.
Bulan Mac ini kita bakal dapat melihat pertembungan sengit antara dua kelab gergasi Asia Tenggara yang masing-masing ingin mara lebih jauh dalam kejohanan ini.
Format Perlawanan Timbal Balik
Seperti pusingan 16 terbaik yang lain, perlawanan ini akan berlangsung secara timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 4 Mac 2025 bertempat di Chang Arena, Buriram, Thailand,
Manakala untuk aksi timbal balik yang kedua JDT vs Buriram United, perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada minggu seterusnya iaitu pada 11 Mac 2025, hari Selasa.
Pasukan yang mencatat kemenangan secara agregat untuk kedua-dua perlawanan ini akan layak ke pusingan suku akhir, satu langkah lebih dekat ke pentas final ACLE 242025.
Statistik & Rekod Perlawanan
Menariknya, kedua-dua pasukan ini sudah pernah bertemu dalam saingan peringkat kumpulan ACLE 2024/2025 ketika dalam kumpulan di Zon Timur.
Ketika itu, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0, membuktikan kekuatan seimbang antara mereka. Kini, dalam fasa kalah mati, tiada lagi ruang untuk seri โ hanya satu pasukan akan melangkah ke suku akhir.
JDT pastinya mahu membawa pulang keputusan positif dari Buriram untuk memastikan mereka tidak tertekan dalam perlawanan timbal balik nanti. Sementara itu, Buriram United pula mahu memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mendapatkan bekalan gol selesa.
Tonton Siaran Langsung JDT vs Buriram United
Bagi yang ingin menyaksikan aksi ini secara langsung, perlawanan Buriram United vs JDT untuk perlawanan pertama dan JDT vs Buriram United untuk perlawanan kedua akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Bola 803
Selain itu, peminat juga boleh menonton secara live streaming di Sooka.
Kedua-dua pasukan akan memberikan segalanya untuk memastikan tempat di suku akhir. Adakah JDT akan membawa pulang kemenangan berharga dari Thailand?
Atau Buriram United akan mengukuhkan dominasi di gelanggang sendiri? Jangan lupa saksikan perlawanan ini dan nantikan jawapannya!
BACA JUGA : Keputusan Penuh JDT vs Buriram United
Keputusan Perlawanan
FT : Buriram United (0) โ (0) JDT
Tarikh : 4 Mac 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 Malam
Venue : Chang Arena
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
FT : JDT (0) โ (1) Buriram United (AGG : 0-1)
Tarikh : 11 Mac 2025 (Selasa)
Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Stremaing : Sooka
Buriram United mara ke pusingan suku akhir ACLE 24/2025. JDT tersingkir