Pertembungan yang dinanti-nantikan antara JDT vs Buriram United dalam AFC Champions League Elite (ACLE) 2024 kini semakin hampir. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada Selasa, 3 Disember 2024, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Pertemuan ini bukan sahaja menyaksikan dua kelab gergasi Asia Tenggara iaitu Johor Darul Ta’zim wakil Malaysia dan Buriram United wakil Thailand bertembung, tetapi juga menjadi peluang untuk menentukan pasukan terbaik dalam zon ASEAN.
Perlawanan keenam bagi kedua-dua pasukan ini merupakan yang ketiga terakhir dalam kumpulan Timur atau East Zone, menjadikan setiap mata yang dipertaruhkan amat berharga.
Pertembungan Sengit Dua Gergasi ASEAN
Ini adalah kali pertama JDT bertemu Buriram United dalam musim ACLE 2024, menambahkan lagi kehangatan kepada perlawanan ini. Dikenali sebagai dua kelab terbaik Asia Tenggara, kedua-dua pasukan membawa prestij negara masing-masing di pentas Asia.
Selain merebut tiga mata penting, perlawanan ini juga dinanti-nantikan kerana ianya melibatkan Dion Cools, pemain kebangsaan Malaysia yang kini mewakili Buriram United.
Beliau bakal berhadapan dengan rakan sepasukan di peringkat kebangsaa seperti Arif Aiman, Feroz Kader dan lain-lain, menjadikan pertemuan ini penuh elemen dramatik dan emosi sudah pastinya.
Prestasi JDT vs Buriram United Sepanjang ACLE 2024
Selepas lima perlawanan, JDT telah mengumpul 7 mata, hasil daripada dua kemenangan, dua kekalahan, dan satu keputusan seri. Dengan jumlah mata yang sama, Buriram United menduduki tempat kesembilan kumpulan.
BACA SINI : Kedudukan JDT Dalam Kumpulan EAST
Kedua-dua pasukan sedang bersaing sengit untuk merebut kedudukan lapan pasukan teratas bagi mara ke peringkat kalah mati.
Menariknya, terdapat tiga lagi pasukan yang turut mengumpul 7 mata dalam kumpulan ini. Situasi ini menjadikan perlawanan JDT vs Buriram United sangat kritikal, kerana setiap perbezaan gol dan keputusan bakal menentukan nasib mereka dalam kejohanan.
Sejarah Pertemuan JDT dan Buriram United
Sebelum ini, JDT vs Buriram United hanya pernah terjadi sekali sahaja iaitu pada tahun 2017 dalam perlawanan persahabatan.
Perlawanan itu menyaksikan Buriram United menang tipis dengan keputusan 1-0. Namun, ia bukan perlawanan rasmi, dan kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu dalam kejohanan peringkat Asia sehingga musim ini.
Pertemuan kali ini menjadi peluang emas bagi JDT untuk menebus kekalahan tersebut dan membuktikan kekuatan mereka sebagai kelab dominan ASEAN, termasuk mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri.
Siaran Langsung JDT vs Buriram United – Live Streaming
Bagi peminat bola sepak yang tidak dapat hadir ke stadium, perlawanan ini boleh disaksikan secara siaran langsung di Astro Arena Bola (803) dan live streaming melalui platform Sooka.
Sepak mula dijadualkan pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia. Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi mendebarkan ini yang menjanjikan keseronokan luar biasa!
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (0 – (0) Buriram United
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
Perlawanan JDT vs Buriram United bukan sekadar pertembungan dua kelab, tetapi juga lambang persaingan sengit bola sepak Asia Tenggara di peringkat Asia.
Pentingnya tiga mata dan peluang mara ke pusingan seterusnya di ACLE 2024, kedua-dua pasukan dijangka akan memberikan aksi terbaik mereka.