Siaran Langsung JDT vs Kedah Liga Super 2024 [Live Streaming]

By aiman

Updated on:

jdt vs kedah liga super 2024

Selepas pertemuan dua pertemuan sebelum ini, kini akan ada sekali lagi perhitungan antara JDT vs Kedah dan kali ini adalah menerusi saingan Liga Super untuk musim 2024/2025.

Pertemuan ini merupakan perlawanan pembukaan bagi minggu kelapan (LS8) dimana akan berlangsung pada 9 Ogos 2024, hari Jumaat, bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Sebelum ini, kita telah lihat kedua-dua pasukan ini telah bersaing dalam Piala FA untuk perlawanan timbal balik pertama dan kedua. Kesudahannya adalah berpihak kepada JDT apabila menang secara aggregat 5-1.

Advertisements

Adakah pertemuan kali ketiga ini, Kedah Darul Aman telah belajar sesuatu, sekurang-kurangnya untuk mengekang kemaraan Johor Darul Ta’zim sebelum sebelum ini? Adakah mereka mampu mencipta kejutan?

JDT Masih Mendahului Kedudukan Carta Liga

JDT sangat asing dengan keputusan kekalahan terutamanya dalam saingan liga tempatan. Untuk musim kali ini, mereka masih belum tewas baik dalam saingan liga mahupun Piala FA sebelum ini.

Dalam Liga, menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas dalam tujuh perlawanan. Bertemu Kedah nanti, merupakan game yang kelapan dan jika dilihat daripada prestasi semasa, tiada masalah untuk teruskan rentak kemenangan.

Meskipun begitu, mereka sudah keciciran mata buat kali pertama dalam musim kali ini. JDT seri kepada PDRM ketika bermain di Selayang. Jadi rekod bersih 100% kemenangan untuk musim ini, telah dileburkan. Tetapi mereka masih 6 mata didepan.

Kedah Perlu Memperbaiki Keududukan Semasa

Kedah sudah mengharungi enam perlawanan sejak musim 2024/2025 bermula. Sehingga saat ini, mereka telah menang tiga kali, seri sekali dan tumpas sebanyak dua kali. Sekali gus berada di kedudukan kelapan dengan 7 mata.

Bukan itu sahaja, Kedah juga telah ditolak 3 mata sejak bermula saingan liga. Jadi kini mereka bukanlah berada di kedudukan terbaik seperti pada musim-musim lalu. Adakah mereka boleh bangkit untuk memperbaiki kedudukan?

Advertisements

Jadual & Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan bagi kedua-dua pasukan yang berlangsung pada 9 Ogos 2024, hari Jumaat.

FT : JDT (6) – (0) Kedah

  • Bergson da Silva 8′, 35′, 64′
  • Feroz Baharudin 74′
  • Murilo 75′
  • Afiq Fazail 78′

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Siaran Langsung JDT vs Kedah – Live Streaming

Untuk yang ingin menyaksikan perlawanan JDT vs Kedah ini secara langsung di kaca tv, anda boleh saksikan menerusi saluran berbayar Astro iaitu di Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Untuk tontonan live streaming di sediakan di SOOKA:

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment