Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Selangor Liga Super 2024

By aiman

Updated on:

sri pahang vs selangor liga super

Mempertemukan dua buah pasukan yang mempunyai sejarah kelab yang tersendiri dimana mereka akan membuat perhitungan iaitu antara Sri Pahang vs Selangor dalam saingan liga kali ini.

Perlawanan yang pastinya menarik untuk disaksikan ini bakal berlangsung pada 31 Julai 2024, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Kedua-dua pasukan ini telah menjadi seteru utama sejak sekian lama. Masing-masing mempunyai rekod tersendiri sepanjang persaingan dalam Liga Malaysia ini termasuk juga dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Rekod Pertemuan Antara Sri Pahang vs Selangor

Pada musim 2023, Sri Pahang dan Selangor telah bertemu sebanyak dua kali iaitu dalam saingan liga dan juga Piala FA. Masing-masin merasa kemenangan dan tewas serta berakhir dengan keputusan seri.

Jika dalam saingan liga, Sri Pahang berkelebihan apabila menang sekali dan seri sekali. Sri Pahang berjaya mengikat Red Giants meskipun bermain di tempat lawan dan kemudian tewaskan pasukan tersebut di halaman sendiri.

Meskipun begitu, Sri Pahang sebelum itu, telah tumpas kepada Selangor dalam saingan Piala FA di pusingan kedua. Dengan kekalahan tersebut, Sri Pahang terpaksa melupakan saingan tersebut dengan lebih awal.

Meskipun begitu, Sri Pahang ketika ini masih terumbang-ambing. Dalam lima perlawanan, mereka hanya berjaya mengutip 5 mata sahaja dan berada di tangga kesepuluh.

Berbanding Selangor yang kini masih mengekori JDT di tempat kedua dan telah mengumpul sebanyak 12 mata. Di atas kertas, perlawanan ini memihak kepada Selangor, tetapi berkelebihan untuk Sri Pahang yang bermain di tempat sendiri.

Siaran Langsung Sri Pahang vs Selangor Dan Live Streaming

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium pada hari perlawanan, anda boleh saksikan secara langsung di rumah yang mana ianya turut akan disiarkan di kaca tv untuk menyaksikannya secara live.

Advertisements

Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka. Hanya perlu langgan dengan harga RM26.90 sebulan dan saksikan kesemua perlawanan aksi Liga Malaysia.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Sri Pahang vs Selangor bagi aksi minggu ketujuh (LS7) dalam saingan Liga Super 2024 yang berlangsung pada 31 Julai ini, hari Rabu.

FT : Sri Pahang (1) – (1) Selangor

  • Alvin Fortes 3′
  • Stefano Brundo 43′

Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment