Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Secara Online Menggunakan MySejahtera

By aiman

Published on:

temujanji klinik gigi kerajaan

Untuk yang pertama kali ingin ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk check gigi, anda boleh ikuti perkongsian ini cara buat temujanji klinik Gigi Kerajaan secara online dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Kita semua sudah maklum, MySejahtera telah diperkenalkan sejak pandemik berlaku pada tahun 2019 di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Aplikasi ini pada asalnya bertujuan untuk mengesan kontak rapat sekali gus ingin mengekang penyebaran Covid-19 ketika itu.

Kini tiada lagi virus tersebut, tetapi MySejahtera tetap masih digunakan dan salah satu kegunaanya adalah boleh buat tempah janji temu bagi setiap urusan yang melibatkan Kementerian Kesihatan termasuklah temujanji klinik gigi kerajaan.

Advertisements

Antara rawatan biasa dilakukan di klinik gigi seperti scaling, cabut gigi dan tampal gigi. Kita boleh sahaja buat di klinik swasta, tapi harganya lebih tinggi. Scaling di klinik swasta harga antara RM80-RM150. Tapi di klinik kerajaan RM2 sahaja.

Adakah Perlu Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan?

Sekarang kita tahu Klinik Kerajaan dah ramai sangat orang. Jadi kalau walk-in pastinya akan ambil masa yang lama lagi-lagi bila pick hour. Penyelesaian terbaik untuk elak kena sidai lama-lama adalah tempah atau buat appointment terlebih dahulu.

Tapi mungkin ada Klinik Pergigian Kesihatan yang tak fully crowded dengan manusia. Jadi mungkin mereka benarkan untuk walk-in sahaja kalau anda ingin dapatkan perkhidmatan pergigian disini. Boleh terus pegi la kalau macam tu.

Boleh walk-in terlebih dahulu untuk cuba. Kalau tidak dibenarkan, anda perlu buat temujanji terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi MySejahtera yang boleh dibuat secara online sahaja dengan dapatkan masa yang ditetapkan.

Penggunaan sistem Janji Temu untuk pemeriksaan kesihatan pergigian ini telah bermula sejam Mei 2023 seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan. Tetapi kaedah ‘walk-in’ di klinik kesihatan pergigian kerajaan masih diteruskan.

Harga Rawatan Gigi Di Klinik Kerajaan

Berikut antara rawatan pergigian yang dibuat di Klinik Kesihatan Pergigian Kerajaan berserta dengan harga yang ditetapkan. Sudah pastinya lebih murah berbanding dengan rawatan yang dibuat di swasta.

Advertisements
RawatanHarga
Caj PerundinganRM1.00
Cabutan Untuk Satu Batang GigiRM1.00
Tampalan Kekal Untuk Satu PermukaanRM2.00
Pengapan Fisur (Setiap Gigi)RM5.00
Penskaleran (Scaling)RM2.00
Rawatan Kanal AkarRM4.00
Pembedahan Gigi TerimpakRM50.00
Kawalan PenderahanRM5.00
Pembaikan Gigi PalsuRM2.00

Untuk harga penuh rawatan lain seperti gigi palsu, cabutan surgikal, braces dan sebagainya, anda boleh rujuk portal rasmi MOH di https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/171

Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Menggunakan MySejahtera

Jadi bagi anda yang ingin buat temujanji Klinik Gigi Kerajaan, anda boleh menggunakan aplikasi MySejahtera dengan mengikut cara dan keadah seperti dibawah:

  1. Login akaun MySejahtera anda seperti biasa
  2. Pada paparan hadapan, klik ‘Janji Temu’
  3. Kemudian pilih nama anda untuk buat janji temu
  4. Scroll kebawah sekali untuk ‘Pemeriksaan Kesihatan Pergigian’
  5. Akan dipaparkan lokasi Klinik Pergigian yang berhampiran dengan anda. Pilih sahaja mana yang sesuai atau boleh buat pencarian di ruang yang disediakan
  6. Jika sudah jumpa klinik yang berkaitan, pilih ‘Tarikh’ dan ‘Slot Masa’ yang tersedia
  7. Jika sudah, klik ‘Sahkan’
  8. Janji Temu Disahkan

Selesai semua perkara, nanti anda hanya perlu datang ke klinik kesihatan pergigian tersebut mengikut tarikh dan waktu yang anda telah tetapkan untuk appointment anda.

Jangan lupa untuk bawa MyKad dan tunjuk kad janji temu MySejahtera anda di kaunter pendaftara nanti. Disarankan untuk hadir 30 minit lebih awal. Sekiranya tidak dapat hadir, tempa semula janji temu tersebut.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment