Perlawanan kedua Kumpulan A ASEAN Club Championship Shopee Cup 2024/25 kini bermula dan antara yang berlangsung adalah Terengganu vs Dong A Thanh Hoa FC.
Sebagai peminat bola sepak terutamanya penyokong Terengganu pastinya melihat perlawanan ini sebagai peluang penting untuk mencari kemenangan sekali memungut mata pertama dalam kejohanan ini.
Prestasi Pasukan Sebelum Perlawanan
Terengganu FC memasuki perlawanan ini selepas mengalami kekalahan tipis 2-3 kepada wakil Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC pada dua minggu yang lalu. Kekalahan itu mengecewakan tetapi tidak menghilangkan semangat juang pasukan.
Sebagai penyokong bola sepak Malaysia, yakin kekalahan tersebut memberi pengajaran berharga kepada skuad Terengganu untuk memperbaiki kelemahan dan bangkit semula dalam perlawanan seterusnya.
Sebaliknya, Dong A Thanh Hoa FC berada dalam posisi lebih selesa selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Shan United dari Myanmar dalam perlawanan pembukaan mereka. Kemenangan itu memberikan mereka momentum positif, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas dalam Kumpulan A.
Sebagai pasukan yang kuat, mereka akan membawa semangat juang tinggi dan keyakinan besar untuk mencuri tiga mata penuh di Terengganu.
Sejarah Pertemuan
Pertemuan kali ini adalah yang pertama antara kedua-dua pasukan. Bagi Terengganu FC, perlawanan ini akan menjadi ujian besar.
Mereka baru sahaja mencatat keputusan seri 1-1 menentang Sabah dalam saingan Liga Super Malaysia, satu keputusan yang menunjukkan mereka masih dalam rentak baik.
Terengganu kini berada di kedudukan ketiga liga tempatan selepas mengharungi sembilan perlawanan, satu pencapaian yang memberangsangkan.
Sementara itu, Dong A Thanh Hoa FC telah melalui dua perlawanan dalam V-League 1 sepanjang September ini, dengan mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan.
Walaupun berada di kedudukan ketujuh dalam liga Vietnam, prestasi mereka dalam pertandingan serantau ini menunjukkan potensi besar untuk terus bersaing di Shopee Cup.
Siaran Langsung Terengganu vs Dong A Thanh Hoa Dan Live Streaming
Perlawanan ini akan berlangsung di gelanggang sendiri Terengganu FC iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, yang terkenal dengan suasana sokongan padu peminat fanatik Terengganu. Pastinya ramai yang akan memenuhi segenap stadium.
Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara live streaming di platform Sooka.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Terengganu vs Dong A Thanh Hoa bagi aksi ASEAC Club Championship Shopee Cup yang berlangsung pada 25 September 2024, hari Rabu.
FT : Terengganu (2) – (2) Dong A Thanh Hoa
- Akhyar Rashid 22′
- Manuel Ott 41′
- Antonio 45′
- Ubaidullah 51′ (OG)
25 September 2024 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Langsung: Arena Bola 803
Live Streaming: Sooka