Senarai Kad Bank Menyokong Apple Pay Dan Samsung Pay Di Malaysia

By aiman

Published On:

Follow Us
kad bank menyokong apple pay dan samsung pay

Zaman sekarang dah makin maju, nak buat pembayaran tak perlu guna kad fizikal dah. Semua boleh tap atau paywave guna fon je iaitu sama ada dari Apple Pay atau Samsung Pay.

Apple Pay sudah pastinya disediakan untuk iPhone sahaja yang menyokong ciri NFC iaitu bermula dari model iPhone 6 dan terbaru. Manakala Samsung Pay bermula daripada fon Samsung S6.

BACA JUGA : Senarai Kad Bank Menyokong Google Pay Di Malaysia

Untuk menggunakan pembayaran secara paywave ini, kad bank mestilah disambungkan dengan aplikasi wallet dalam telefon masing-masing. Jika di iPhone menggunakan Apple Wallet, manakala Samsung guna Samsung Wallet.

Akan tetapi, bukan semua kad bank di Malaysia ini menyokong pembayaran menggunakan Apple Pay mahupun Samsung Pay ini. Setakat ini hanya beberapa bank sahaja yang boleh guna.

Jadi untuk semua pengguna iPhone dan Samsung khususnya, anda boleh tengok senarai dibawah kad bank mana yang menyokong pembayaran secara paywave ini.

Senarai Kad Bank Menyokong Apple Pay Di Malaysia

apple pay

Ini merupakan senarai bank yang menyokong Apple Pay di Malaysia. Setakat ini hanya melibatkan 6 bank dan 1 kad prabayar

  • AmBank (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • HSBC
  • Maybank (American Express, Mastercard dan Visa kad debit dan kredit)
  • RHB Bank Berhad (Visa kad debit dan kredit)
  • Standard Chartered Bank (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • Hong Leong Bank (Visa kad debit dan kredit)
  • Wise Payments Malaysia Sdn. Bhd.

Senarai ini seperti dikeluarkan oleh pihak Apple menerusi pautan di https://support.apple.com/en-my/102897

Senarai Kad Bank Menyokong Samsung Pay Di Malaysia

samsung pay

Ini pula merupakan senarai kad bank untuk pengguna Samsung yang ingin menggunakan Samsung Pay di Malaysia

  • Alliance bank (Visa Kad kredit)
  • Bank Islam (Mastercard kad debit dan kredit)
  • Bank Muamalat (Mastercard kad debit dan Visa kad kredit)
  • CIMB Bank (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • Hone Leong Bank (Mastercard dan Visa kad debit dan kredit)
  • HSBC (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • Maybank (Semua kad debit dan kredit serta kad prepaid)
  • Public Bank (Mastercard dan Visa kad debit dan kredit)
  • RHB (Mastercard dan Visa kad debit dan kredit)
  • Standard Chartered (Mastercard dan Visa kad kredit)
  • Wise (kad prepaid)

Senarai ini seperti yang dikeluarkan oleh pihak Samsung sendiri menerusi laman web rasmi di https://www.samsung.com/my/supported-bank-for-samsung-pay

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now