Senarai Menu Dan Harga Ayam Gepuk Pak Gembus Terkini Di Malaysia

By aiman

Published On:

Follow Us
ayam gepuk pak gembus

Ayam Gepuk Pak Gembus kini menjadi antara pilihan utama pencinta makanan pedas di Malaysia.

Dengan konsep hidangan ayam goreng bamboo dan rangup yang digepuk bersama sambal pedas padu, jenama Ayam Gepuk Pak Gembus berjaya menarik perhatian ramai, daripada golongan muda sehinggalah mereka yang keluarga.

ayam gepuk pak gembus

Keistimewaannya bukan sekadar pada rasa, tetapi juga pada pilihan menu yang ringkas, mengenyangkan dan boleh disesuaikan dengan tahap kepedasan masing-masing.

Di Malaysia, Ayam Gepuk Pak Gembus menawarkan pelbagai set hidangan seperti ayam gepuk bersama nasi, kobis, timun, tauhu, tempe serta variasi menu tambahan yang menepati selera tempatan.

BACA JUGA : Berapa Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus Bagi 1 Set Makanan

Terdapat juga pilihan set kombo dengan minuman yang sesuai untuk mereka yang mahu lebih jimat dan praktikal.

Harga yang ditawarkan pula dianggap berpatutan, menjadikan jenama ini pilihan ramai untuk makan tengah hari, makan malam atau ketika berkumpul bersama rakan-rakan.

Senarai menu dan harga terkini sangat penting untuk dijadikan rujukan, terutamanya bagi mereka yang ingin merancang bajet sebelum berkunjung ke outlet atau membuat pesanan secara dalam talian.

Dengan mengetahui pilihan menu serta anggaran harga, urusan memilih hidangan menjadi lebih mudah dan tidak membazir.

Perubahan harga dan menu juga boleh berlaku dari semasa ke semasa, bergantung kepada lokasi cawangan dan promosi semasa.

Oleh itu, perkongsian maklumat ini diharapkan dapat membantu pembaca membuat pilihan terbaik sebelum menikmati keenakan ayam gepuk kegemaran ramai ini.

Senarai Menu Dan Harga Ayam Gepuk Pak Gembus Terkini

Berikut merupakan senarai menu yang dijual beserta set combo di semua outlet Ayam Gepuk Pak Gembus di Malaysia beserta harga yang ditawarkan. Selain menu ayam, mereka pun ada jual sate tau.

Signature Pak Gembus

Set A

  • Nasi, Ayam bumbu ori/crispy, Timun & Kubis
  • Pilih 1 minuman
  • RM13.90 (RM12.00 ala carte)

Set B

  • Nasi, Ayam bumbu ori/crispy, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis
  • Pilih 1 minuman
  • RM14.90 (RM13.00 ala carte)

Set C

  • Nasi, Ayam bumbu ori/crispy, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis Goreng
  • Pilih 1 minuman
  • RM15.90 (RM14.00 ala carte)

Set D

  • Nasi, Ayam bumbu ori/crispy, Tempe, Tauhu, Pedal, Timun & Kubis Goreng
  • Pilih 1 minuman
  • RM16.90 (RM15.00 ala carte)

Set Sate Ayam (Crispy Jogja)

Set Sate A

  • Nasi, 4pc Sate ayam crispy jogja, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis
  • Pilih 1 minuman
  • RM14.90 (RM13.00 ala carte)

Set Sate B

  • Nasi, 4pc Sate ayam crispy jogja, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis Goreng
  • Pilih 1 minuman
  • RM15.90 (RM14.00 ala carte)

Set Sate C

  • Nasi, 4pc Sate ayam crispy jogja, Tempe, Tauhu, Timun, Pedal & Kubis Goreng
  • Pilih 1 minuman
  • RM16.90 (RM15.00 ala carte)

Jimat Combo

Combo A

  • Nasi, 2pcs ayam bumbu ori/crispy, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis
  • Pilih 1 minuman
  • RM20.90

Combo B (2 set)

  • Nasi, Ayam bumbu ori/crispy, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis
  • Pilih 2 minuman
  • RM29.90

Combo C (4 set)

  • Nasi, 2pcs ayam bumbu ori/crispy, Tempe, Tauhu, Timun & Kubis
  • Pilih 4 minuman
  • RM59.90

Gembus Fiesta

  • 3pcs sate ayam crispy Jogja & Timun = RM7.90
  • 5pcs sate ayam crispy Jogja & Timun = RM11.90
  • 10pcs sate ayam crispy Jogja & Timun = RM21.90
  • 3pcs ayam bumbu ori/cripsy + 2 sambal = RM20.90
  • 5pcs ayam bumbu ori/cripsy + 3 sambal = RM33.90
  • 10pcs ayam bumbu ori/cripsy + 5 sambal = RM64.90
  • Chicken Popcorn (with tomato sachet) = RM8.90

Ala Carte

Berikut merupakan senarai menu ala carte yang dijual di Ayam Gepuk Pak Gembus.

  • Ayam bumbu crispy = RM8.50
  • Ayam bumbu ori = RM8.50
  • Nasi = RM2.50
  • Kubis goreng = RM3.00
  • Pedal (3pcs) = RM2.50
  • Tauhu (4pcs) = RM2.50
  • Tempe (2pcs) = RM2.50

Add-On (for take away only)

Anda juga boleh add-on atau tambah sambal yang dijual khusus untuk take away sahaja

  • Bumbu kacang = RM2.90
  • Sambal biasa = RM2.90
  • Sambal pedas = RM2.90
  • Sambal extra pedas = RM2.90
  • Kicap sachet = RM1.20

Minuman

  • Orange Fizz = RM4.90
  • Iced Lemon Tea = RM4.90
  • Honeydew Latte = RM4.90
  • Bali Blues = RM4.90
  • Green Van Java = RM4.90
  • Drinking Water 500ml = RM2.50
menu harga ayam gepuk pak gembus

Cara Order Ayam Gepuk Pak Gembus

Untuk yang mungkin pertama kali baru nak cuba Ayam Gepuk Pak Gembus, ini merupakan cara untuk buat pesanan. Mudah sahaja

Langkah 1 : Pilih Set

Langkah 2 : Pilih jenis ayam : Ori atau Crispy

Langkah 3 : Pilih taham kepedasan sambal (Bumbu kacang > Biasa > Pedas > Extra Pedas)

Langkah 4 : Pilih minuman

Jadi jangan lupa untuk cuba menu Ayam Gepuk Pak Gembus yang kini cawangannya telah berada di seluruh negeri dan berdekatan dengan kawasan anda. Mudah untuk anda dapatkan.

Sekali cuba, pasti nak lagi. Info lanjut, boleh pergi ke laman web https://ayamgepukpakgembus.com.my/

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now