Cara Mohon Rayuan BUDI MADANI Secara Online

By aiman

Published on:

acara mohon rayuan budi madani

Dah buat permohonan subsidi diesel, tak semestinya lulus kan? Mungkin terjadi kepada sebahagian anda. Jadi disini dikongsikan tatacara untuk mohon rayuan BUDI MADANI yang boleh dibuat secara online.

Pada akhir Mei 2024 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan subsidi bahan minyak diesel akan disasarkan kepada golongan yang layak sahaja. Antaranya adalah untuk golongan M40 dan B40 yang menggunakan kenderaan diesel.

Jadi pastinya ramai yang mula memohon ketika itu menerusi program yang disediakan dimana terbuka kepada individu dan Agri-Komoditi. Yang penting ada kenderaan diesel dan pendapatan tidak lebih RM100,000 dan kebawah.

BACA JUGA : Cara Mohon Subsidi Diesel BUDI MADANI Secara Online

Advertisements

Selepas membuat permohonan, bermula 3 Jun yang lepas, orang ramai yang sudah memohon boleh semak status sama ada lulus atau gagal atau tidak layak. Bagi yang layak, akan mula menerima RM200 pada pertengahan Jun.

Manakala bagi yang tidak layak, JANGAN RISAU! Anda masih boleh buat permohonan rayuan BUDI MADANI selepas ini. Nak tahu cara untuk mohon, boleh ikuti perkongsian dibawah.

Cara Mohon Rayuan BUDI MADANI Secara Online

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum 3 Jun yang lepas, anda boleh buat rayuan BUDI MADANI bermula 5 Jun 2024 (Rabu) dan seterusnya. Permohonan boleh dibuat secara online sahaja.

Ikuti langkah mudah dibawah untuk mohon rayuan BUDI MADANI:

Langkah 1 : Login semula akaun BUDI MADANI anda di https://budimadani.gov.my/ iaitu dengan menggunakan no. MyKAD dan password yang anda telah tetapkan sebelum ini.

Langkah 2 : Pada halaman utama, klik pada ‘Permohonan Rayuan BUDI Individu’

Langkah 3 : Disini akan dipaparkan semula semua maklumat peribadi anda. Untuk buat rayuan, tuliskan permohonan rayuan anda pada bahagian ‘Keterangan’

Sebagai contoh, jika kod tidak lulus 04 – Cukai Jalan Tidak Aktif, anda boleh mohon untuk semak semula dan lampirkan cukai jalan anda yang ada di apps MyJPJ secara bukti.

Advertisements

Tapi tiada butang untuk upload lampiran kan? Anda boleh ikuti tutorial ringkas ini:

  1. Pergi ke https://prnt.sc/
  2. Upload gambar anda dijadikan lampiran
  3. Kemudian akan diberikan ‘link’ untuk anda gunakan untuk lampiran untuk buat permohonan.
  4. Copy paste sahaja link tu pada ruang ‘keterengan’ tersebut

Jika sudah selesai, klik ‘Teruskan’

Langkah 4 : Buat pengesahan hingga selesai. Akhir sekali klik ‘Hantar’

cara mohon rayuan budi madani

Permohonan anda sekali lagi akan disemak terlebih dahulu dan kali ini untuk permohonan rayuan pula. Jadi kalau nak tahu status, pada halaman utama, klik pada butang ‘Semakan Status’.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi yang diberi untuk tempoh permohonan rayuan ini. Mungkin pada pertengahan Jun nanti.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Cara Mohon Rayuan BUDI MADANI Secara Online”

Leave a Comment