BUDI MADANI atau Program Bantuan Subsidi MADANI merupakan inisiatif subsidi bersasar melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
Program ini telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
BUDI MADANI ini juga sebenarnya adalah melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel melalui sistem MySubsidi Diesel dibawah kendalian KPDN iaitu menerusi fleet card khusus untuk syarikat.
Untuk syarikat dah dapat. Kini subsidi bersasar bahan api diesel adalah untuk pengguna individu beserta petani dan pekebun kecil menerusi kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi masing-masing.
Jumlah Yang Diperoleh
Bagi dua kategori ini, kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM200 setiap bulan secara tunai sama ada terus dikreditkan ke dalam akaun bank atau secara tunai yang boleh diambil di mana-mana cawangan BSN.
Pembayaran Pertama Dibuat
Untuk tempoh perngenalan ini, sekiranya permohonan anda diluluskan, pembayaran akan dibuat bermula 10 Jun 2024 (Isnin) secara berperingkat.
Syarat Permohonan Untuk BUDI MADANI
Terdapat dua (2) kategori bagi program bantuan subsidi diesel ini iaitu BUDI Individu dan BUDI Agri-Komodiri. Berikut merupakan syarat permohonan dan kelayakan bagi setiap kategori:
a. Kategori BUDI Individu
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak lebih RM100,000 setahun
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel)
- Lesen kenderaan motor (cukai jalan kenderaa) aktif
- Kenderaan diesel diistiharkan di Semenanjung Malaysia
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad
Tidak layak untuk motosikal diesel, kegunaan syarikat, kenderaan mewah bawah 10 tahun dan yang berdaftar sebagai e-hailing. Karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran jenis kenderaan tidak layak untuk BUDI MADANI.
Setiap permohonan akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya disasarkan untuk golongan B40 dan M40 dan dikecualikan individu berpendapatan tinggi (T20).
Info lanjut tentang BUDI Individu, boleh dapatkan FAQ disini
b. Kategori BUDI Agri-Komoditi (Petani & Pekebun Kecil)
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komodiri (KPK)
- Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil juala pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000
Info lanjut tentang BUDI Agri-Komoditi, boleh dapatkan FAQ disini
Cara Mohon BUDI MADANI Secara Online
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my/ yang dibuka sepanjang tahun. Permohonan awal adalah bermula dari 28 Mei 2024.
BACA JUGA : Cara Mohon BUDI MADANI Secara Online (Langkah-Demi-Langkah)
Untuk permohonan awal, bagi yang diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima bantuan subsidi pada pertengahan Jun nanti. Manakala yang diluluskan selepas 3 Jun 2024, mereka akan menerima bantuan dua minggu seterusnya.
Tapi selepas ini, seperti biasa, mereka yang layak akan berikan secara bulanan.
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi talina BUDI MOF dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat menerusi:
- 1-800-88-2747
- 03-8882 5465 atau 03-8882 4566
- emel : budimadani@treasury.gov.my
Assalamualaikum
Bagaimana nak mohon madani individu kalau nama daftar kenderaan di atas nama anak sedangkan yang mengguna kenderaan adalah ayah kepada pendaftar di JPJ.
Sekian, t ksh
Saya dah isi tapi tiada apa2 jawapan dan tiada e-mail yang di terima untuk isian seterusnya..