Disini kami kongsikan cara mohon BUDI iaitu program Bantuan Subsidi Madani yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) yang mana melibatkan kenderaan diesel persendirian invidu, petani dan pekebun kecil.
Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dimana, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Erti kata lain, bermula Jun 2024, tiada lagi subsidi untuk bahan api diesel, tetapi ianya disasarkan kepada golongan yang layak sahaja.
BACA JUGA : Info Penuh & Syarat Permohonan BUDI MADANI
Permohonan bantuan BUDI MADANI ini telah dibuka sejak 28 Mei 2024 (Dibuka Sepanjang Tahun) dibawah dua kategori iaitu BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi untuk petani kecil dan pekebun kecil.
Jumlah Yang Diterima Menerusi BUDI MADANI
Bagi yang layak dan berjaya membuat permohonan di bawah kedua-dua kategori (Individu & Agri-Komoditi) akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank setiap bulan atau secara tunai di mana-mana cawsangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pembayaran Pertama
Untuk tempoh perngenalan ini, sekiranya permohonan anda diluluskan, pembayaran akan dibuat bermula 10 Jun 2024 (Isnin) secara berperingkat. Jika tidak lulus, boleh buat permohonan rayuan bermula sekarang disini.
Cara Mohon BUDI MADANI Secara Online
Permohonan boleh dibuat bermula 28 Mei 2024 dan dibuka setiap tahun.
Untuk permulaan, permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun 2024, bantuan pertama akan disalurkan pada pertengahan Jun 2024. Manakala yang diluluskan selepas 3 Jun, akan menerima dalam tempoh dua minggu. Tapi selepas ini, akan disalurkan secara bulanan.
Berikut merupakan cara mohon BUDI MADANI secara online bagi kategori Individu dan Agri-Komoditi. Cara permohonan hampir sama sahaja. Dibawah akan ditunjukkan cara mohon BUDI untuk kategori individu.
1. Pergi ke laman web https://budimadani.gov.my/ dan klik ‘Mohon Di Sini’ bagi kategori yang anda mohon (Individu atau Agri-Komoditi)
2. Masukkan no. MyKad anda dan klik ‘Semak’. Jika tiada data lagi, klik ‘Daftar Akaun’
3. Lengkapkan butiran diri seperti no. kad pengenalan, nama penuh, emel dan password. Jika sudah lengkap, klik ‘Daftar’
4. Anda akan menerima emel bagi tujuan pengesahan. Klik sahaja pada link yang diberikan dan anda akan dibawa ke halaman utama BUDI MADANI.
5. Pilih ‘Permohonan BUDI Individu’
6. Disini sekali lagi anda perlu penuhkan butiran peribadi termasuk maklumat kenderaan diesel yang anda ada:
- Nama
- No. telefon bimbit
- Nama bank
- No. akaun bank
- Nombor plat kenderaan
- Tarikh luput cukai jalan
- Jenama/model kenderaan
- Kelas kegunaan kenderaan
Untuk kategori petani dan pekebun kecil, anda perlu masukkan no. cukai pendapatan, sektor pertanian, jumlah pendapatan kasar dan bersi tahunan serta luas kawasan aktviti pertanian
Jika sudah lengkap, klik ‘Teruskan’
7. Anda perlu buat pengesahan terlebih dahulu. Akhir sekali, jika sudah lengkap, boleh klik ‘Hantar’
8. Selesai! Anda boleh cetak permohonan atau semak status yang boleh dibuat dari semasa ke semasa.
BACA JUGA : Cara Mohon Rayuan BUDI MADANI Sekiranya Status TIDAK LULUS PERMOHONAN
Diharapkan perkongsian cara mohon BUDI MADANI iaitu program Bantuan Subsidi Diesel ini bermanfaat untuk anda. Selepas ini, hanya rakyat Malaysia sahaja yang layak untuk menerima subsidi diesel.
Adakah bantuan2 ini hanya kepada mereka yg mempunyai kendetaan sahaja..yg tiada kenderaan macam mana kaedahnye..?
Untuk yang ada kenderaan menggunakan diesel sahaja. Sebab nanti dia akan minta no. plat dan jenis kenderaan. Kalau guna kenderaan petrol memang tak dapat. Tapi mungkin ada subsidi petrol pula nanti.
saya telah mengisi borang rayuan dan telah melengkapkan justifikasi, apa bila tekan butang hantar macam tak berjaya, dah cuba bbrp kali. adakah kerana mengisi pada waktu malam? tqvm
Mungkin sistem jammed. Sebab ramai yang mula untuk buat rayuan. Pertama kali sebelum ni saya ada gangguan juga. Kemudian baru berjaya. Boleh cuba sekali lagi nanti.
Dah isi maklumat tapi bila tekan daftar dia jadi kosong semula dekat kata laluan.. Kenapa ye
Saya PON MCM tu jgk bila tekan daftar DKT kata laluan jd kosong
Dah daftar. Lulus rm200. Katanya duit masuk hari ni. Tapi check akaun masih belum dikreditkan. Bagaimana ye
Macamana cara nk perbetulkan jika salah masuk email
Kalau ada sebarang kesalahan atau nak betulkan maklumat, kena hubungi pihak BUDI Madani https://budimadani.gov.my/HubungiKami.aspx
sy daftar budi madani ni tp bila sy klik link yg dia bgi tu dia xkeluar apa2 pon. Sy dah try banyak kali tp x lepas