Selain daripada acara tumpuan seperti badminton dan berbasikal trek, pasti ramai yang nak tahu jadual Azeem Fahmi yang merupakan satu-satunya wakil negara bagi sukan Olahraga menerusi acara pecut 100m lelaki.
Sukan Olahraga telah bermula sejak 1 Ogos yang lalu sehingga 11 Ogos 2024. Secara keseluruhan, sebanyak 48 pingat emas dipertandingkan termasuklah acara pecut 100m lelaki yang disertai oleh atlet Malaysia, Azeem Fahmi.
Bagi acara lari 100m lelaki ianya akan berlangsung 2 hari sahaja iaitu pada 3 dan 5 Ogos 2024. Ini adalah mengikut tarikh dan waktu Malaysia.
Daripada keseluruhan acara yang dipertandingkan, pastinya tumpuan dunia terarah kepada acara 100m lelaki. Daripada sini, kita dapat tahu, atlet manakah yang paling pantas untuk sukan olimpik atau mungkin juga menjadi manusia terpantas di dunia.
Pemenang Pingat Emas
Untuk rekod, pada edisi Tokyo 2020, Marcell Jacobs (Italy) merupakan pemenang dan juga terpantas bagi acara 100m lelaki dimana beliau mencatatkan masa 9.80 saat sekali gus merangkup pingat emas. Diikuti Fred Kerley (USA) dengan catatan 9.84 saat dan 9.89 saat yang diraih oleh Andre De Grasse dari Kanada.
Sebelum pergi ke jadual Azeem Fahmi, jika sebelum ini, kalau sebut tentang acara pecuti 100m lelaki pastinya akan diingati adalah figura Usain Bolt dari Jamaika yang memenangi acara tersebut sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu edisi 2008, 2012 dan 206.
Bukan itu sahaja, Usain Bolt juga memegang world record (WR) iaitu 9.58 saat dan 9.63 saat untuk Olympic Record (OR). Setakat ini, tiada lagi manusia yang mampu berlari sepantas beliau dan memecahkan rekod tersebut.
Manakala rekod terbaik yang pernah dicatatkan oleh Azeem Fahmi adalah 10.09 saat. Adakah beliau mampu untuk menembusi catatan bawah 10 saat dalam temasya olimpik kali ini?
Siaran Langsung Bagi Acara 100m Lelaki
Seperti pada sukan-sukan yang disertai oleh atlet Malaysia, untuk acara 100m lelaki ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro, RTM dan Unifi TV. Orang ramai boleh saksikannya secara percuma.
Untuk yang tidak berkesempatan menonton di tv, boleh juga tonton secara live streaming sama ada di Sooka, platform RTM Klik atau https://paris2024.rtm.gov.my/ dan juga menerusi aplikasi Unifi TV. Juga secara percuma untuk semua.
Jadual Azeem Fahmi Dan Acara Pecut 100m Lelaki Di Olimpik Paris 2024
Secara khususnya, akan dipaparkan jadual Azeem Fahmi serta keputusan yang diperoleh dalam acara ini sepanjang kejohanan. Juga akan dipaparkan keputusan penuh sehingga tamat acara 100m lelaki di Olimpik Paris 2024.
Acara lari 100m lelaki akan bermula di pusingan kelayakan (saringan) dimana melibatkan 6 Heat yang mana terdiri daripada 8-9 atlet bagi setiap daripadanya. Juara dan naib juara bagi setiap heat beserta 4 terpantas akan layak ke pusingan pertama.
Kemudian diikuti dengan pusingan separuh akhir dan final pada akhirnya dimana bakal menentukan pemenang bagi pingat emas, perak dan gangsa.
SARINGAN
Acara akan bermula pada, 3 Ogos 2024, pukul 4.35 petang (MYT). Azeem Fahmi telah diundi dalam HEAT 1
Lorong | Atlet (HEAT 1) | Keputusan |
2 | Ebrahima Camara (GAM) | 10.29 s (Q) |
3 | Azeem Fahmi (MAS) | 10.42 s (Q) |
4 | Marc Brian Louis (SGP) | 10.43 s |
5 | Sha Mahmood Noor Zahi (AFG) | 10.64 s |
6 | Seco Camara (GBS) | 10.76 s |
7 | William Reed (MHL) | 11.29 s |
8 | H K Maibuca (TUV) | 11.30 s |
PUSINGAN PERTAMA (ROUND 1)
Acara akan bermula pada pukul 5.55 petang (MYT). Azeem Fahmi layak ke Pusingan Pertama (Round 1)
*3 atlet terpantas setiap Heat layak secara automatik ke separuh akhir. Bersama 3 atlet mencatatkan masa terpantas secara keseluruhan
Lorong | Atlet (HEAT 2) | Kedudukan | Keputusan |
1 | Ali Chituru (ITA) | 2 | 10.12 s (Q) |
2 | Ferdinand Omanyala (KEN) | 1 | 10.08 s (Q) |
3 | Arturo Hamodio (PAN) | 7 | 10.35 s |
4 | Azzopardi Joshua (AUS) | 4 | 10.20 s |
5 | Jimenez Renteria (COL) | 8 | 10.38 s |
6 | Devin Augustine (TTO) | 5 | 10.31 s |
7 | Joshua Hartmann (GER) | 3 | 10.16 s |
8 | Azeem Fahmi (MAS) | 9 | 10.45 s |
9 | Erik Cardose (BRA) | 6 | 10.45 s |
*Azeem Fahmi gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir apabila menamatkan saingan di tempat ke-9 dengan catatan 10.45 saat.
SEPARUH AKHIR
5 Ogos 2024, bermula pada jam 2.05 pagi
FINAL – PINGAT EMAS
5 Ogos 2024, bermula pada jam 3.05 pagi
Lorong | Atlet (HEAT 2) | Kedudukan | Keputusan |
2 | Kenneth Bednarek (USA) | 7 | 9.88 s |
3 | Fred Kerley (USA) | 3 | 9.81 s |
4 | Kishane Thompson (JAM) | 2 | 9.79 s |
5 | Akani Simbine (RSA) | 4 | 9.82 s |
6 | Oblique Seville (JAM) | 8 | 9.91 s |
7 | Noah Lyles (USA) | 1 | 9.79 s |
8 | Letsile Tebogo (BOT) | 6 | 9.86 s |
9 | Marcell Lamont Jacobs (ITA) | 5 | 9.85 s |
Keputusan Pemenang
- Pingat Emas – Noah Lyles (USA)
- Pingat Perak – Kishane Thompson (JAM)
- Pingat Gangsa – Fred Kerley (USA)
Selain daripada jadual Azeem Fahmi, anda juga boleh dapatkan jadual dan keputusan penuh untuk acara 100m lelaki dan keseluruhan acara untuk sukan Olahraga di sini.