Senarai 21 Lokasi Bazar Ramadan Melaka Terkini Tahun 2025

By aiman

Published On:

Follow Us
bazar ramadan melaka

Setiap kali Ramadan tiba, bazar Ramadan menjadi tumpuan utama penduduk setempat dan orang ramai yang ingin menikmati pelbagai juadah berbuka puasa. Jika di Melaka, bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli makanan, tetapi juga satu pengalaman budaya yang penuh warna-warni.

Tahun 2025 menjanjikan lebih banyak pilihan lokasi bazar Ramadan di sekitar negeri bersejarah ini, dengan pelbagai gerai yang menawarkan hidangan tradisional, makanan viral, serta minuman menyegarkan.

Sama ada mencari kuih-muih klasik seperti onde-onde dan tepung pelita, atau mencuba hidangan moden seperti ayam gunting pedas dan air balang pelangi, bazar Ramadhan di Melaka sentiasa ada sesuatu untuk semua orang.

Iklan Disini

Selain itu, suasana meriah dengan bau harum makanan yang menggoda dan peniaga yang ramah menjadikan kunjungan ke bazar lebih istimewa. Bagi yang ingin mengelakkan kesesakan, mengetahui lokasi bazar lebih awal boleh membantu merancang kunjungan dengan lebih baik.

Senarai Tapak Bazar Ramadan Di Melaka Untuk Tahun 2025

Jadi, di mana lokasi bazar Ramadan terbaik di Melaka tahun ini? Jom lihat senarai lengkap tapak bazar Ramadan menarik yang wajib dikunjungi sepanjang bulan Ramadan 2025 terutamanya di Melaka

Iklan Disini
  1. Bandar Hilir
  2. Persisiran Pantai Klebang
  3. Jalan Solo Pantai Peringgit
  4. Taman Cempaka
  5. Tempat Letak Kereta, Jalan Kelebang Besar (Kampung Balik Buluh)
  6. Taman Kesidang Sek. 2/24 Melaka
  7. Taman Bertam Perdana
  8. Taman Pandan Malim Balai Panjang
  9. Taman Bertam Jaya
  10. Jalan CP1, Taman Cheng Perdana
  11. Rumah Warisan, Batu 7 1/2, Kampung Paya Rumput
  12. Taman Rambai Utama
  13. Taman Rambai Jaya
  14. Taman Krubong Jaya (Kawasan Perindustrian)
  15. Hadapan Sekolah Telok Mas (Jalan Utama)
  16. Tapai Pasar Malam Paya Ikan
  17. Taman Semabok Perdana
  18. Tapak Pasar Malam Seri Duyong
  19. Jalan Taman Terendak Permai Sungai Udang
  20. Jalan Kejora 2, Taman Tanjung Minyak Perdana
  21. Persimpangan Paya Dalam

Sumber : MBMB

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment