Siaran Langsung Live Streamin Selangor vs JDT Liga Super 2024

By aiman

Updated On:

Follow Us
selangor vs jdt

Perlawanan Selangor vs JDT merupakan acara yang ditunggu-tunggu untuk minggu ke-14 Liga Super 2024. Perlawanan ini menjadi tumpuan utama kerana ia adalah satu-satunya perlawanan yang dijadualkan pada hari ketiga minggu ini.

Seperti yang telah diumumkan, perlawanan ini akan berlangsung pada 27 Oktober 2024, hari Ahad, dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam. Aksi ini akan dipertandingkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, tiket perlawanan boleh didapati secara dalam talian melalui laman web tickethotline.com.my. Harga tiket untuk tempat duduk terbuka adalah RM25.

Namun, bagi yang belum sempat mendapatkan tiket, perlu diingat bahawa tiket perlawanan ini telah habis dijual sejak Jumaat lagi, menandakan betapa tingginya minat peminat terhadap pertembungan ini.

Perlawanan Yang Dinantikan Bagi Seluruh Peminat Bola Sepak

Pertemuan antara Selangor vs JDT sentiasa menjadi perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air. Kedua-dua pasukan ini mempunyai pengikut yang setia, dan keghairahan mereka untuk menyaksikan perlawanan ini adalah tinggi.

Semasa, JDT masih berada di puncak liga dengan mengumpul 31 mata, manakala Selangor berada di tempat kedua dengan 26 mata. Kedua-dua pasukan akan berusaha keras untuk menambah mata dalam perlawanan penting ini.

Rivalri antara Selangor dan JDT bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah berlangsung sejak 10 tahun yang lalu dan sentiasa mencetuskan drama dan kontroversi di atas padang.

Iklan Disini

Dengan sejarah perseteruan yang panjang, pastinya peminat-peminat kedua-dua pasukan mengharapkan aksi yang sengit dan penuh ketegangan di padang. Tidak hairanlah jika perlawanan ini dijangka akan menjadi perlawanan yang panas dan penuh aksi.

Sejarah Pertemuan Selangor vs JDT

Perlawanan ini merupakan pertemuan ketiga antara Selangor dan JDT untuk musim 2024-2025. Namun, pertemuan pertama dalam Piala Sumbangsih telah dibatalkan dan kemenangan diberi secara percuma kepada JDT.

Pertemuan kedua pula adalah di pentas akhir Piala FA, di mana Selangor terpaksa menerima kekalahan besar apabila diaibkan dengan keputusan 1-6 kepada JDT. Kekalahan tersebut memberikan JDT trofi pertama mereka untuk musim ini.

Selangor vs JDT kali ini akan memberi peluang kepada pasukan tuan rumah untuk membalas dendam di atas kekalahan tersebut apabila menjadi tuan rumah kepada JDT dalam saingan Liga Super.

Perlawanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada Selangor untuk membuktikan kemampuan mereka di hadapan penyokong sendiri, tetapi juga untuk memperbaiki imej mereka yang tercalar akibat kekalahan sebelum ini.

Walaupun JDT adalah pasukan pilihan dengan prestasi cemerlang, Selangor tetap bertekad untuk memberi saingan sengit dan mungkin mencuri 1 mata berharga jika berjaya mengikat perlawanan.

Kelebihan Tuan Rumah untuk Selangor

Bermain di gelanggang sendiri sememangnya memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Selangor. Stadium MBPJ bakal dipenuhi dengan penyokong setia mereka yang akan menjadi suntikan semangat tambahan untuk skuad Red Giants.

Walaupun JDT terkenal dengan kekuatan skuad dan rekod tanpa kalah mereka dalam liga setakat ini, Selangor tidak boleh dipandang rendah terutama apabila bermain di hadapan penyokong sendiri.

Dengan semangat yang tinggi, Selangor dijangka akan bermain secara agresif dan berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membawa kepada jaringan mudah bagi JDT.

Pasti jurulatih Selangor telah merancang strategi terbaik untuk mengejutkan JDT, sekaligus menghidupkan harapan penyokong mereka untuk menumbangkan lawan terkuat liga musim ini.

Iklan Disini

Saksikan Perlawanan Secara Langsung

Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke stadium, anda masih boleh mengikuti perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Jadi jangan ketinggalan untuk saksikan Selangor vs JDT pada 27 Oktober ini dalam saingan Liga Super 2024-2025 untuk minggu ke-14.

Keputusan Perlawanan

FT : Selangor (0) โ€“ (3) JDT

  • Romel Morales 30โ€ฒ
  • Bergson da Silva 44โ€ฒ, 54โ€ฒ (P)

Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium MBPJ
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment