Siaran Langsung JDT vs Selangor Final Piala FA 2024/2025

By aiman

Updated on:

jdt vs selangor final piala fa 2024 2025

Kini hanya selangkah lagi untuk ketahui pasukan manakah yang bakal bergelar juara Piala FA 2024/2025 apabila berlansung perlawanan antara JDT vs Selangor di pentas final untuk musim ini.

Seperti yang diumumkan, perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam. Venue kini tersedia dan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi pentas pertarungan.

Selain daripada kedua-dua penyokong finalist kali ini, peminat bola sepak tempatan pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi kedua-dua pasukan ini. Jika pertemuan kali pertama tidak terjadi, kali ini pasti jadi.

Perjalanan Menujuk Ke Pentas Final Piala FA Bagi JDT Dan Selangor

Saingan Piala FA untuk musim 2024/2025 bermula daripada pusingan 16 dengan menampilkan 12 pasukan daripada Liga Super dan 3 lagi pasukan daripada liga amatur atau semi-pro iaitu Liga A1.

Selangor bermula baik apabila menang ke atas Negeri Sembilan dengan keputusan 4-0. Kemudian hampir tumpas kepada Kuching City di suku akhir, tetapi menang ketika penentuan sepakan penalti 5-3.

Advertisements

BACA JUGA :

Di semi final, sekali lagi Selangor diuji dan kali ini menerusi Terengganu. Meskipun tewas pada perlawanan timbal balik pertama, Selangor bangkit untuk perlawanan timbal balik kedua apabila menang aggregat 6-4.

Keputusan sama yang diraih oleh Johor Darul Ta’zim, tetapi dengan bilangan jaringan yang berbeza. Menang keatas Kelantan dengan keputusan 4-0. Kemudian belasah Malaysian Universiti dengan aggregat 13-0 di suku akhir.

Kedah menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi JDT. Akan tetapi, mereka juga tumpas dengan aggregat 5-1 di pusinan separuh akhir dan kemudiannya melayakkan JDT mara ke final.

Sejarah Kemenangan JDT vs Selangor Dalam Piala FA

Sejak tahun 1990, Selangor telah memanangi dan meriah gelarah juara Piala FA sebanyak 5 kali. Kali terakhir dicapai adalah pada edisi 2009. Kini mereka pastinya mencari kejuaraan kali keenam.

Manakala untuk JDT, mereka mencari kejuaraan kali ketiga dan juga hatrick dalam kejuaraan ini. Tahun 2022 dan 2023 merupakan tahun kemenangan untuk pasukan Harimau Selatan.

Head-to-Head JDT vs Selangor

Secara atas kertas, jika anda ingin meneka pasukan manakah yang bakal memenangi perlawanan ini, secara automatik anda boleh tahu jawapanya. Ini adalah berdasarkan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Jika dilihat lima pertemuan terakhir antara JDT dan Selangor, kesemuanya dimenangi oleh JDT baik bermain dalam saingan liga, piala fa, perlawanan sumbangsih ataupun dalam piala Malaysia.

Tetapi inilah bola sepak, tiada keputusan rigid yang anda boleh tentukan. Macam-macam keputusan boleh berlaku. Mungkin kali ini Selangor mampu bangkit untuk mencipta sejarah menumbangkan JDT untuk kali pertama.

Siaran Langsung JDT vs Selangor

Selain daripada menonton di stadium, perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran berbayar Astro dan juga RTM. Jadi anda boleh saksikan beramai-ramai bersama keluarga di rumah.

Untuk saluran Astro, anda boleh tune-in Astro Arena 801 atau Astro Arena Bola 803. Untuk pengguna Astro juga, anda boleh tonton secara online menggunakan Astro Go dimana-mana sahaja.

Advertisements

Manakala untuk saluran RTM, ianya akan disiarkan di Sukan RTM (Myfreeview 111) dan tiada di TV Okey. Jadi untuk saluran Astro, ianya hanya disediakan di platform MYTV sahaja dan Sukan RTM tiada di platform Astro.

Cara Untuk Tonton Live Streaming Secara Percuma

Jadi bagi yang tiada saluran Astro mahupun MYTV yang ingin menonton JDT vs Selangor, anda masih boleh saksikan aksi final Piala FA 2024/2025 ini iaitu secara live streaming. Anda boleh menggunakan sama ada aplikasi Sooka atau RTM Klik yang disediakan secara percuma.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan aksi perlawanan final Piala FA 2024/2025 antara JDT vs Selangor yang berlangsung pada 24 Ogos 2024, hari Sabtu.

FT : JDT (6) – (1) Selangor

  • Juan Muniz 26′, 67′, 89′
  • Arif Aiman 42′
  • Alvin Fortes 57′
  • Bergson da Silva 62′
  • Heberty 74′

*JDT juara Piala FA 2024/2025

Masa : 9.00 mlm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena, Arena Bola, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

2 thoughts on “Siaran Langsung JDT vs Selangor Final Piala FA 2024/2025”

Leave a Comment