Hari kedua saingan Liga Super 2024/2025 bagi minggu kesepuluh pula akan bermula iaitu melibatkan Selangor vs Kuching City yang juga merupakan satu-satunya perlawanan yang berlangsun pada hari ini.
Pertembungan ini bakal berlangsung pada hari Jumaat, 13 September 2024. Ini juga merupakan perlawanan kedua bagi minggu kesepuluh (LS10), dan para penyokong kedua-dua pasukan pasti tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan yang menarik ini.
Selangor akan beraksi di laman sendiri dengan harapan untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga, manakala Kuching City pula berusaha untuk mencatat kemenangan penting yang mana akan melonjakkan kedudukan semasa dalam liga.
Sejarah Pertemuan Selangor vs Kuching City
Pertemuan antara kedua-dua pasukan ini sentiasa menarik perhatian ramai lagi-lagi dalam saingan kompetitif sebelum ini. Untuk rekod, dalam enam pertemuan terakhir mereka, Selangor berjaya meraih kemenangan sebanyak lima kali, manakala Kuching City hanya menang sekali.
Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ialah dalam saingan Piala FA iaitu di pusingan suku akhir. Selangor tewas dalam perlawanan timbal balik pertama tetapi berjaya bangkit dan menang secara agregat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
BACA JUGA : Selangor Menang Keatas Kuching City Dalam Penentuan Sepakan Penalti
Ini menjadikan perlawanan pada hari Jumaat ini sebagai pertemuan kali ketiga mereka untuk tahun 2024, dan sudah pasti Kuching City ingin membalas dendam atas kekalahan sebelum ini.
Selangor Ingin Perkukuhkan Kedudukan Dalam Saingan Liga
Selangor FC kini berada di kedudukan kedua liga dengan 19 mata, iaitu 6 mata di belakang pendahulu liga, JDT yang baru sahaja mencatatkan kemenangan besar semalam ketika bertemu Penang FC.
Pasukan kendalian Nidzam Jamil ini mempamerkan prestasi yang baik sepanjang musim ini, dengan enam kemenangan daripada sembilan yang perlawanan yang telah dicatatkan.
Mereka kini mencari kemenangan ketujuh bagi terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam saingan Liga Super, serta meningkatkan keyakinan pasukan menjelang perlawanan-perlawanan penting yang akan datang terutamanya di peringkat Asia.
Kuching Juga Memburu Kemenangan Dalam Perlawanan Ini
Ini merupakan kali kedua, anak-anak buah Aidil Sharin bertandang ke Stadium MBPJ untuk musim kali ini. Kali pertama, mereka berjaya mengikat Selangor, meskipun tewas menerusi penentuan sepakan penalti. Kali kedua ini pastinya mereka ingin solid kemenangan.
Kuching City FC kini di tangga keempat dengan 14 mata, hanya lima mata di belakang Selangor. Pasukan dari Sarawak ini tampil sebagai salah satu pasukan yang boleh memberi saingan hebat dalam Liga Super 2024.
SekiranyaJ mereka berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan ini, mereka akan melonjak ke tangga ketiga liga, sekurang-kurangnya sehingga perlawanan Terengganu bertemu Sabah pada Ahad ini.
Siaran Langsung Selangor vs Kuching City – Live Streaming
Setelah lebih dua minggu saingan liga berehat, penyokong setiap Selangor terutamanya pasti tidak sabar untuk kembali memenuhkan stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.
Akan tetapi, bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir pada malam perlawanan nanti, anda masih boleh saksikan Selangor vs Kuching City menerusi kaca tv. Boleh tonton bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah.
Perlawanan ini anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Juga tersedia live streaming di platform Sooka iaitu menerusi laman web atau aplikasi mobile.
Keputusan Terkini
Berikut merupakan keputusan terkini perlawanan Selangor vs Kuching City bagi aksi minggu kesepuluh (LS10) dalam saingan Liga Super 2024/2025 yang berlangsung pada 13 September 2024, hari Jumaat.
FT : Selangor (4) – (0) Kuching City
- Ronnie Fernandez 11′
- Ali Olwan 67′
- Umar Eshmurodov 75′
- Alvin Fortes 80′
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka