Senarai Penjaring Gol EURO 2024 (Top Scorer) Beserta Assist

By aiman

Updated On:

Follow Us
penjaring gol euro 2024

Setiap kali kejohanan besar seperti Piala Eropah ini, antara tumpuan dunia adalah siapakah yang bakal menjadi penjaring gol EURO 2024 terbanyak sekali gus merangkup gelaran Kasut Emas yang pastinya diidam-idamkan oleh setiap pemain.

Setiap pasukan pasti ada keistimewaan masing-masing. Ada sebuah pasukan yang lengkap dari pertahanan, tengah dan penyerang. Ada hebat dibahagian pertahanan sahaja. Ada juga pasukan yang hebat menjaringkan gol.

Bagi pasukan yang hebat menjaringkan gol, mungkin mereka mempunyai penyerang berbisa yang mampu mencetak gol setiap perlawanan. Tapi mungkin juga pasukan mereka tewas perlawanan tersebut, disebabkan pertahanan yang rapuh.

Iklan Disini

Jika dalam keadaan begitu, sekurang-kurangnya penyerang tersebut mampu untuk pulang sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan, sekali gus membawa pulang takhta dan trofi Golden Boot yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Untuk musim kali ini, kita ada ramai penyerang yang mampu meledak gawang sebagai penjaring gol EURO 2024 seperti Kylian Mmbappe, Critiano Ronaldo, Thomas Muller, Harry Kane, Jude Bellingham, Morata dan ramai lagi.

Senarai Penjaring Gol EURO 2024

Berikut merupakan senarai top 10 penjaring gol EURO 2024 terbanyak atau top scorer beserta pemain dengan jumlah bantuan gol atau assist terbanyak.

Penjaring Gol (Top Scorer)

  1. Cody Gakpo (Belanda) โ€“ 3 gol
  2. Dani Olmo (Sepanyol) โ€“ 3 gol
  3. Ivan Schranz (Slovakia) โ€“ 3 gol
  4. Jamal Musiala (Jerman) โ€“ 3 gol
  5. Harry Kane (England) โ€“ 3 gol
  6. Georges Mikautadze (Georgia) โ€“ 3 gol
  7. Niclas Fullkrug (Jerman) โ€“ 2 gol
  8. Razvan Marin (Romania) โ€“ 2 gol
  9. Kai Havertz (Jerman) โ€“ 2 gol
  10. Fabian Ruiz (Sepanyol) โ€“ 2 gol

*Own Goal (Gol Sendiri) โ€“ 10 gol

Iklan Disini

Bantuan Gol (Top Assist)

  1. Lamine Yamal (Sepanyol) โ€“ 4 assist
  2. Xavi Simons (Belanda) โ€“ 3 assist
  3. Michel Aebischer (Switzerland) โ€“ 2 assist
  4. Dennis Man (Romania) โ€“ 2 assist
  5. Remo Freuler (Switzerland) โ€“ 2 assist
  6. Orkun Kokcu (Turkiye) โ€“ 2 assist
  7. Fabian Ruiz (Sepanyol) โ€“ 2 assist
  8. Dani Olmo (Sepanyol) โ€“ 2 assist
  9. Arda Guler (Turkiye) โ€“ 2 assist
  10. Joshua Kimmich (Jerman) โ€“ 2 assist

Pemain manakah yang bakal membawa pulang Kasut Emas untuk musim EURO 2024 kali ini?

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment