Ucapan Selamat Berpuasa boleh menjadi ungkapan tulus ikhlas kepada yang rakan-rakan, keluarga dan tersayang yang menandakan kita sudah bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa iaitu bulan Ramadan.
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada tahun 2026, mari kita sambut bulan suci ini dengan penuh kegembiraan dan keikhlasan untuk terus beribadah dan mencari pahala sebanyakknya dalam bulan ini.
Disini dikongsikan koleksi ucapan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan 2026 yang boleh dijadikan inspirasi untuk dikongsi bersama keluarga, rakan-rakan, dan saudara-mara. Bukan sekadar kata-kata biasa, tetapi ia membawa makna mendalam sebagai doa dan harapan agar ibadah puasa dilaksanakan dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Tarikh Berpuasa Dn Bulan Ramadan 2025 / 1447 H
Seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besa Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, tarikh 1 Ramadan 1447 H di Malaysia adalah jatuh pada 19 Februari 2026 iaitu pada hari Khamis.
BACA JUGA : Senarai Waktu Berbuka Puasa Bagi Seluruh Negara
Jadi pada malam 18 Februari, hari Rabu tersebut, umat Islam di Malaysia sudah mula mendirikan Solat Sunat Tarawih. Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri dengan meningkatkan amal ibadah dan memperbanyakkan doa agar Ramadan kali ini menjadi yang terbaik.
Contoh Ucapan Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadan
Ramadan 2026 adalah peluang untuk kita memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada Allah, dan meningkatkan amal kebajikan. Dengan ucapan yang penuh makna, kita dapat menyemarakkan lagi suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Berikut merupakan koleksi ucapan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan 2026 yang anda boleh share di laman media sosial seperti TikTok, Facebook, X (dahulunya Twitter), Instagram dan pelbagai lagi.
Ucapan Ramadan 1
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak! Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.
Ucapan Ramadan 2
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 2026/1447H
Semoga Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat ‘mardhatillah’ yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani.
Ucapan Ramadan 3
Selamat menyambut bulan Ramadhan bagi yang beragama Islam. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna serta saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan.
Ucapan Ramadan 4
Selamat menunaikan ibadah puasa”. Semoga kita diberi kekuatan dan keikhlasan. Sabda Rasulullah: ‘Barangsiapa berpuasa dengan iman dan mengharap pahala, diampuni dosanya yang lalu.’ (HR. Bukhari).
Ucapan Ramadan 5
Salam Ramadan dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 2026 yg cukup mulia ini dan juga selamat berpuasa kepada anda semua. Mohon maaf jika ada yang tersilap kata atau perbuatan yang mengguris hati. Semoga Bulan Ramadan kali ini adalah yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.
Ucapan Ramadan 6
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada perkara yang tidak baik. Moga kita semua berjaya menjadi insan yang lebih baik!

Ucapan Ramadan 7
Sambutlah Ramadan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cinta denga ucapan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan dengan hati gembira pintu terbuka, Rahmat Alla yang Maha Besar.
Ucapan Ramadan 8
Salam Ramadan 1447H! Moga setiap saat dalam bulan yang mulia ini membawa pahala dan kedamaian untuk kita semua.
Ucapan Ramadan 9
Diawali dengan bismillah, menyambut bulan penuh berkah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H/2026
Ucapan Ramadan 10
Ramadan penuh rahmat, semoga kita semua dapat meraih keberkatannya. Selamat berpuasa! Salam Ramadan 1447 H / 2026
Ucapan Ramadan 11
Selamat Menundaikan Ibadah Puasa Ramadan. Semoga ibadah & amal soleh kita diterima oleh Allah SWT
Ucapan Ramadan 12
Salam Ramadan 1447H
“Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu” – Riwayat Al-Bukhari
Contoh Ucapan Selamat Berpuasa Dalam Bahasa Inggeris
- Happy Ramadan! May this holy month bring peace, blessings, and happiness to all.
- Wishing you a blessed Ramadan filled with forgiveness and spiritual growth.
- Ramadan Mubarak! May Allah accept your fasts and prayers.
- Happy fasting! May this Ramadan be a time of reflection and renewal for you.
- Ramadan Kareem! May this holy month bring you closer to Allah and His blessings.
Koleksi Ucapan Pantun Ramadan 2026
Puasa Ramadan bulan mulia,
Saatnya kita mendekatkan diri,
Selamat berpuasa penuh bahagia,
Semoga rahmat Allah menyinari.
Bulan bercahaya terang angkasa,
Menerang alam segenap dermaga,
2 haribulan mula berpuasa,
Begitu telah ku duga.
Di Pulau Pandan menebar pukat,
Tempat berkelah pilihan cuti,
Bulan Ramadan bulan berkat,
Berpuasalah seikhlas hati.
BACA JUGA : Koleksi Pantun Ramadan Dan Selamat Berpuasa
Masyarakat madani satu negara,
Bertekad maju berjalan searah,
Bulan Ramadan disambut segera,
Sampai waktu jangan berlengah.
Solat terawih di bulan Ramadan,
Ibadah sunat selepas puasa,
Suci dalam luar dan badan,
Tingkat takwa iman perkasa.
Puasa Ramadan tiba lagi,
Saatnya kita perbaiki diri,
Semoga ibadah diberkati,
Rahmat Allah tak terhingga abadi.

Diucapan Salam Ramadan 1447 H dan Selamat Berpuasa kepada semua!









